Kelas Pengenalan Augmented Reality

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Augmented Reality adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer dimana objek visual janaan komputer akan ditambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan diskrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah – olah wujud berbagai objek lain selain dari reality sedia ada seperti pergerakan dan warna yang menarik.

Dalam kelas ini, Peserta diberikan satu lukisan yang perlu diwarnakan menggunakan pensel warna. Selepas siap, peserta akan didedahkan cara menggunakan aplikasi Quiver untuk melihat sendiri paparan bergerak tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali